RSS

My Love is Playgirl by Siti Nur Dhuha

HARGA JUAL : RM 22 including postage
STATUS : SOLD

Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. 
Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. 
Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?

"Hei orang miskin, kau dengar sini! Aku akan ingat perbuatan atuk kau tu sampai bila-bila. Dan aku jugak takkan lupa perbuatan kau yang menyimbah air ikan pada badan aku. Aku akan laporkan semua ni pada daddy aku. Daddy aku akan cari kamu berdua dan ajar kamu secukupnya. Daddy aku orang kaya tau, dia boleh buat apa sahaja." - Puteri Laila

Mentang-mentang anak orang kaya, ingat aku takut. Aku pun kaya jugak tau. Aku ada lalang-lalang kat belakan rumah aku tau. Hasrul teringatkan semak belukar di belakang rumahnya. Tak ada duit, ada pokok-pokok kayu pun jadilah. - Hasrul


"Ini cincin yang Rul bagi kepada saya sewaktu dia melamar saya. Malah dia sudah berjanji nak berkahwin dengan saya dalam masa terdekat ini. Apalah sangat yang Rul boleh harapkan dari isteri seperti awak ni, entahkan mampu memberikan zuriat padanya ataupun tak." - Azia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment