RSS

Srikandi Vs Arjuna By Izza Aripin


HARGA JUAL : RM14
STATUS : SOLD

Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan.

Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih itu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu.

Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Aku Seadanya By Murni Aqila


HARGA JUAL : RM 15
STATUS : SOLD

ANDAI manusia bisa memilih, tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan, 
apatah lagi penuh kecelaan. Akan tetapi, mana mungkin itu terjadi. Kuasa ALLAH membataskan segalanya. Kerana itu, Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha. Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir di pipi. Apa pun bagi Nafisah, Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya, Muszahri. Dan Syifa, nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya.
Duka dan malang datang bertimpa. Entah apa silapnya, Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan. Luna, gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya. Malah kakak kandungnya sendiri, Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya. Syifa kelelahan. Kalau bahagia bukan tercipta untuknya, apalah daya. Mungkin itu sudah takdirnya... dipandang tanpa hati, mencintai tanpa dicintai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doktor Cinta by Dyadila


 Picture credit to incik google .


HARGA : RM 20 (including postage)
STATUS : SOLD



Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS