RSS

Tiada Lagi Mimpi by Sharifah Abu Salem

PICTURE CREDIT TO INCIKK GOOGLE
HARGA JUAL : RM 14 including postage
STATUS : SOLD

TIADA LAGI MIMPI mengisahkan kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. 


Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia? Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan? 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 Tahun 5 Bulan by Hlovate




*Gambar by incikk google ,gambar sebenar akan diletak kemudian
keadaan buku masih baru dan dibalut dengan pembalut buku

HARGA JUAL : RM 18 including postage
STATUS : SOLD



Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...


Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campurkan sedikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...


Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.


Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.


Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?


Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys're stupid, some men too.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Tiada Akhirnya by Fauziah Ashari


Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya. Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta...Tiada akhirnya'. Inilah kisah ... CINTA...TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, menyajikan cinta pada suaminya Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati. Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA...TIADA AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.



HARGA SEBENAR : RM 22.90

HARGA JUAL : RM 15

STATUS : SOLD

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Quartet by Saidatul Saffa


Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah 
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh; 
dan salju pula jadi cair dipanah mentari 
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji, 
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan, 
takkan bersinar indah bintang-bintang 
tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka. 

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.

HARGA SEBENAR : RM20

HARGA JUAL : RM13

STATUS : SOLD

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Contengan Jalan by Hlovate

HARGA JUAL : RM 19 including postage
STATUS : AVAILABLE


Sinopsis Contengan Jalanan


I - Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.

Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’
II - 
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS